Tutorial 22 : Terlupa password Windows 7???

Assalammualaikum semua, untuk kali ini saya nak kongsikan cara untuk hack password Windows 7 yang memang akan kita dapat belajar kat sini jer.

Oklah, jom kita cerita tentang tajuk asal tadi. Untuk mengatasi masalah terlupa password Windows ini adalah mempunyai 3 cara iaitu:-



1. Menggunakan Software (contoh: Windows Password Unlocker, Windows Password Reset)

2. Format semula komputer.

3 Mengunakan CMD Prompt (Tanpa Software).

Dan cara yang saya nak tunjukkan ini adalah dengan menggunakkan CMD Prompt. Cara ini hanya memerlukan CD WINDOWS 7 sahaja dan berbeza dengan cara-cara yang lain yang memerlukan masa yang agak panjang.

Langkah 1

-Masukkan CD Windows 7 (Pinjam jer kat sesiapa yang tahu komputer..dia pun tak kan syak kita nak hack sebab selalu orang akan fikir CD tu tuk nak format komputer jer.

-Boot menggunakan pada CD

-Tekan "REPAIR YOUR COMPUTER"



Langkah 2

-Tekan "Command Prompt"



- Taip Command ini didalamnya

copy c:\windows\system32\sethc.exe c:\ [DAN TEKAN ENTER]

copy /y c:/windows/system32/cmd.exe c:/windows/system32/sethc.exe [DAN TEKAN ENTER]

exit [DAN TEKAN ENTER]

Selepas tu restart kan komputer.





Langkah 3

-Tekan Butang SHIFT 5 kali dan tertingkap seperti dibawah akan muncul.

-Taip

net user [NAMA PENGGUNA] [PASSWORD BARU]




Dan exit.

Cecuba...ok kan?...


CD Windows 7 tadi tu keluarkan dan hantar lah balik pada tuannya yek...

Sumber : matamusafir

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat