Tazkirah 17 : Berpakaian tetapi TELANJANG!





Wanita di zaman ini ramai yang telah meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tapi bertelanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka juga memuja pakaian artis yang terang-terang bercanggah dengan hukum islam, mereka berseluar ketat dan nipis, berbaju singkat dan ketat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah dan tidak segan malu dan tidak takut lagi kepada dosa dan murka (azab) Allah.




Pemerintah, mufti-mufti, alim-ulamak, ibu-bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Kesudahan dan akhirnya berlakulah zina dan maksiat dengan bermaharaja lela di dalam kehidupan manusia hari ini akibat daripada kuman-kuman wanita yang mendedahkan tubuh badannya dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas agama dan undang-undang? Maka kita semua akan ditimpa bala oleh Allah! Wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran, bertaubatlah segera sebelum kita masuk ke dalam lubang kubur!



Manusia di zaman ini tamak haloba dengan nikmat Allah tetapi mereka tidak mahu taat kepada Allah! Manusia di zaman ini mengetahui Allah itu ada tetapi mereka tidak mahu berusaha untuk menuntut mengenal Allah. Mereka menyembah Allah sedang mata hati mereka buta terhadap Allah dan tidak pernah berhadap kepada Allah, alangkah murkanya Allah, tidakkah mereka tahu Allah sahaja yang wujud di dalam alam ini?



Manusia di zaman ini ramai tidak syukur dengan nikmat Allah, rezeki yang Allah kurnia kepada mereka itu, mereka anggap dari usaha mereka dan cerdik pandai mereka sendiri. Barangsiapa yang tidak taat kepada Allah dan tidak syukur dengan nikmat Allah dan tidak redha barang yang ditakdirkan oleh Allah, maka carilah tuhan yang lain daripada Allah dan keluarlah dari bumi Allah..!

-SEBARKAN-

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):

"Dua sifat daripada ahli neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk jannah (syurga) dan tidak akan mendapatkan baunya. Dan sesungguhnya baunya (jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)."
(hadis riwayat Imam Muslim)

Rujukan : Usrah Jemaah Anak Muda

Ulasan

  1. salam 'alaik.

    mntp abg wan, ada usaha utk nahi mungkar.
    mudah2an rmai la yg mmbc n mnginsafinya.
    cuma, utk tmpkkn tragisnya pakaian spt itu..
    mgkin abg wan blh 'black'kan atau pudarkn part2 yg bahaya spt gmbr 1st 2.
    malu sy utk mmndg, malu lg utk smpaikn..
    tp p'lu agr sy x trus malu utk mmbc biarpun bukn sy yg mmakainya..

    "yg mlihat lbh malu, mngapa yg mmakai pudar rasa malu itu?"

    syukran.

    BalasPadam
  2. terima kasih..maaflah abgwan terlepas pandang...terima kasih atas keprihatinan anda ya:)

    BalasPadam
  3. salam..abg wan, kalau boleh cuba post ni kat fB..bnyk yg kena tahu ni..mudahan dapat membantu n beri kesedarn pada muslimah di luar sana..

    BalasPadam
  4. ana menegur seorang ppuan yang berpakaian seksi dan menjolok mata supaya berpakaian sopan..lalu ana di COP gila..

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas keprihatinan kalian...
    Jika kita dicop gila, bersyukurlah kerana kita telah berusaha untuk mencegah..kerana itu juga adalah usaha kita..
    bukan sekadar kita tgk shja...
    sekadar keseronokkan sementara tetapi balasan menanti di sana...

    BalasPadam
  6. HamBa Allah yG LemaH...8 April 2011 pada 6:16 PTG

    hidayat sLuRuh aLam...mudah2an wanita2 di luar sana amik iktibar akan pekara nie.....

    BalasPadam
  7. Islam ada fesyen yg menjaga maruah wanita..kpd yg mengaku dirinya ISLAM jgn malu untuk tunjukkan diri anda sbg seorang ISLAM meskipun fesyen itu dipandang serong atau hina oleh org lain..igt..yang kita rasa terbaik utk kita xsemestinya terbaik disisi ALLAH!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat