Tazkirah 5 : Meringan-ringankan Dosa
Baiklah, kalau kita tengok memanglah banyak PUNCA-PUNCA ZINA yang diperkatakan tapi pagi ni saya nak sebut satu iaitu MERINGAN-RINGAN DOSA. Mengikut kata Shahil Talib (Anis, 2010),
Zina tidak berlaku dengan tiba-tiba atau sekelip mata, malah ia melalui beberapa proses. Ia mungkin bermula dengan meringan-ringankan dosa-dosa kecil seperti pandang-memandang, renung-merenung, tegur-menegur, berbalas chatting di laman sosial, sms dan seumpamanya, yang akhirnya merangsang gelora nafsu. Seorang penyair bermadah, "Bukankah api besar yang membakar itu asalnya dari bunga-bunganya yang kecil?"
Marilah kita semua bertindak menjauhkan segala yang ringan-ringan itu yang boleh menjurus kepada ZINA. Menjauhi adalah lebih baik sebelum ia benar-benar berlaku. AIBnya tidak tertanggung terutama kepada pelaku ZINA yang perempuan. Namun pelaku ZINA lelaki juga akan mendapat kejian masyarakat bila tembelangnya pecah.
Sama-samalah kita menjaga diri kita dan ahli keluarga kita dari ZINA. Sesungguhnya ZINA itu DOSA YANG BESAR.
Allahu'alam.
Ulasan
Catat Ulasan