Catatan

Tazkirah 50 : Membudayakan Qasidah dalam Masyarakat

Imej
Salah satu seni hiburan Islam yang ada adalah qasidah. Pada mulanya penulis menganggap qasidah dan nasyid adalah dua benda yang sama tetapi berlainan nama namun setelah menghayati bait-bait beberapa qasidah dengan maknanya, nyata qasidah dan nasyid jauh berbeza. Mendengar qasidah tidak sama seperti nasyid. Adakala kita dengar nasyid tapi hati tetap tak ingat pada Allah dan Rasulullah. Malah ada yang dengar nasyid tapi lalai ketika mendengarnya. Berbeza dengan qasidah, permulaannya dimulakan dengan selawat sudah pasti akan mengingatkan kita bahawa qasidah adalah satu seni yang indah berbanding nasyid. Apa Itu Qasidah? Qasidah merupakan puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah adalah satu cara para ahli sufi meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.

Tazkirah 49 : Adilkah Penilaian Begini Kepada Murid Kita?

Imej
Adilkah kita menilai dan melabel murid cemerlang dengan cara begini? Tahukah kita bahawa mereka juga manusia biasa yang memiliki pelbagai tahap@jenis kecerdasan pelbagai?  Tindakan kita boleh menyebabkan mereka tidak kenal potensi diri mereka.. Sudah tiba masanya kita sebagai bakal guru merobah segalanya!

Tutorial 35 : Wallpaper Changer for Window 7 Starter (Netbook 1 Malaysia)

Imej
Baiklah, tajuk di atas sebenarnya untuk bagitahu yang anda boleh menukar wallpaper untuk Netbook 1Malaysia yang anda dapat free tu..:) Netbook 1Malaysia ni sudah siap sedia ter install dengan  sistem operasi Microsoft Windows 7 edisi Starter.. Tapi,  salah satu kekurangan nya ialah tiada Personalize . Macam mana nak install Personalize tu?? Hari tuh saya cari kat Google,pastu saya jumpa dengan software Starter Background Changer V08 . Download Sini 4Shared | Softonic (Pilih salah satu) Anda bolehlah Download, kemudian Install. Mudah sahaja. Lepas install, Automatic akan ada Personalize kat Properties macam gambar di atas :) Selamat mencuba!

Tazkirah 48 : 10 Perkara Kelakar Di Bulan Ramadhan

Imej
Assalamualaikum.. Sempena kedatangan Ramadhan Al Mubarak ini,banyak perkara yang melucukan akan berlaku pada bulan Ramadhan =) Ramai yang puasa tapi tak solat 5 waktu. Ramai yang puasa tapi tak tutup aurat. Ramai yang puasa tapi masih pergi dating. Ramai yang puasa tapi masih lagi berpakaian seksi. Ramai yang puasa tapi masih lagi ke kelab malam. Ramai yang puasa tapi masih ramai yang tidak menunaikan solat tarawih. Ramai yang puasa tapi masih tengok benda-benda maksiat. Ramai yang puasa tapi masih mengumpat. Ramai yang puasa tapi masih lagi yg lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki ( al-Mutasyabbhihatu birrijal ) Ramai yang puasa tapi masih lagi meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja. Semua ni memang ada yang terjadi bulan Ramadhan..Bagi orang-orang yang beriman,kedatangan Bulan Ramadhan adalah bulan beribadat kerana besar ganjaran dan fadhilatnya dan bagi orang-orang fasik / munafik, mereka menanti kedatangan Ramadhan adalah untuk berdiet dan ...

Tazkirah 47 : Kita Solat Tetapi Masih Buat Perkara Mungkar

Imej
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar  (Surah al-Ankabut :45) Dalam ayat di atas, Allah telah memberitahu kita bahawa solat dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar. Maksudnya kita akan jadi manusia yang baik apabila kita solat. Betul begitu? Betul cikgu, orang solat tu, selalunya dia orang baik. Kalau betul, kenapa hari ini ramai orang yang solat, tapi masih lagi buat dosa dan mungkar pada Allah? Sedangkan ayat di dalam surah Al-Ankabut tadi mengatakan solat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Saya bagi contoh, ramai orang Islam hari ini solat 5 waktu, tapi tak tutup aurat dengan sempurna. Yang perempuan ramai yang pakai baju ketat-ketat, tak pakai tudung , tshirt lengan pendek . Perempuan tak boleh pakai t-shirt lengan pendek ke cikgu?

Tutorial 34 : Jom latih kosa kata dengan Game Super Text Twist + serial key

Imej
Download game ni di sini

Tutorial 33 : Jom Download Free Video Flip and Rotate

Imej
Video terbalik?? Sakit leher bila tengok?? Tak tahu macamna nak rotate??  Jom cuba aplikasi Free Video Flip and Rotate .  Pasti memudahkan anda untuk rotate video yang anda tontoni. Dapatkan aplikasi tersebut di sini