Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar (Surah al-Ankabut :45) Dalam ayat di atas, Allah telah memberitahu kita bahawa solat dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar. Maksudnya kita akan jadi manusia yang baik apabila kita solat. Betul begitu? Betul cikgu, orang solat tu, selalunya dia orang baik. Kalau betul, kenapa hari ini ramai orang yang solat, tapi masih lagi buat dosa dan mungkar pada Allah? Sedangkan ayat di dalam surah Al-Ankabut tadi mengatakan solat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Saya bagi contoh, ramai orang Islam hari ini solat 5 waktu, tapi tak tutup aurat dengan sempurna. Yang perempuan ramai yang pakai baju ketat-ketat, tak pakai tudung , tshirt lengan pendek . Perempuan tak boleh pakai t-shirt lengan pendek ke cikgu?