Pernah tak folder yang anda simpan dalam pendrive atau external hardisk menjadi shortcut gara-gara serangan virus yg semakin melampau saban hari... Folder yang menjadi shortcut ini takkan boleh dibuka. Apapun anda boleh check sama ada semua fail-fail itu dalam keadaan 'Hidden mode' atau tidak. Tanpa membuang masa lagi ikutilah langkah-langkah berikut; 1. Pergi ke 'Folder Option' 2. Klik tab 'view' 3. Tick 'Show Hidden File' 4. Untick 'Hide System File' Sebenarnya cara ni tidak berkesan sebab fail-fail anda memang boleh dilihat (view), TETAPI masih dalam keadaan hidden. Cara yang paling berkesan untuk mengembalikan fail atau folder yang jadi shortcut tanpa perlu format pendrive anda adalah: 1. Klik 'Start' &; Klik 'Run' 2. Taip cmd &; Klik OK 3. Andaikan pendrive korang sebagai G: , masukkan command di bawah: Taip: attrib -h -r -s /s /d g:\*.* Nota: Gantikan huruf g dgn huruf pendrive koran...