Review Buku 1 : 101 Rekreasi Hati



Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik).

Keistimewaan Buku ini
• Sesuai dibaca semua peringkat umur.
• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor.
• Mendekatkan pembaca kepada hadis.
• Senang difahami dan dihayati.
• Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan.
• Sesuai untuk dijadikan cenderahati.
• Sebagai bimbingan kepada remaja.






Baik, Alhamdulillah dengan izin Allah diketemukan saya dengan sebuah buku yang santai namun penuh manfaat iaitu 101 Rekreasi Hati. Buku ini adalah himpunan 101 hadith dari koleksi 300 Hadith Bimbingan yang merupakan usahasama Nik Wahfi Nik Jaafar (pelukis untuk majalah Ujang) dan Dr. Zahazan Mohamed. Isi bukunya mempunyai hadith dan diselangi dengan komik berilmiah disebelahnya berkaitan hadith tersebut. Komik yang dilukis juga ada sebahagian yang berbentuk “satira semasa”.

Jadi dikesempatan Pesta Buku yang sedang berlangsung kini, saya sarankan kepada sahabat-sahabat supaya jangan lepaskan peluang untuk mencari dan membeli buku ini sebagai koleksi bacaan peribadi yang lebih bersifat santai dan boleh mendekatkan kita dengan hadith-hadith yang sahih bahkan dapat menjadi pendorong dan pedoman buat kita yang mudah lupa. Jom kita dapatkan tau!:)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info 12 : KAMUS LOGHAT PERLIS YANG UNIK

Indahnya Berbahasa : Bahasa Istana

Rujukan kehormat