Tazkirah 25 : Khas untukmu LELAKI
Pertama dan selamanya marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur di atas limpahan nikmat dan rahmatNYA terutamanya nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Baiklah meskipun berada dalam mode peperiksaan , niat ingin sampaikan terlalu membuak-buak dan post kali ini adalah khas ditujukan buat sahabat-sahabat sejenis saya yakni LELAKI . Bukan apa, post sebelum ini saya telah mendedahkan bagaimana bentuk-bentuk dan trend-trend terkini pakaian wanita MELAYU ISLAM . Jadi post kali ini adalah secara adilnya adalah merujuk kepada kaum adam. Aurat lelaki kebiasaannya dipandang remeh berbanding aurat wanita, kenapa????Jika terlihat ada wanita yang memakai tudung singkat, kecil, pakai legging, pakai skirt, dan bermacam-macam lagi, akan terdengarlah ramai kaum lelaki yang akan bising-bising menyalahkan, mengherdik, mencaci dan sebagainya. Kononnya ingin menyedarkan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ISLAM. Keprihatinan tersebut sangatlah positif sebagai umat ISLAM, tetapi sedarkan sahabat se...