Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Karya Kreatif

Karya 1 : Cerpen (Obsesi)

Imej
Obsesi Oleh : R. Riduan PAGI. Hujan lebat. Kenderaan yang berpusu-pusu masuk tidak mahu bertolak ansur dengan pejalan kaki yang rata-ratanya berbaju putih, berseluar hijau zaitun atau berkain biru muda. Samada berpayung atau berlari dengan beg di atas kepala, bukannya disandang seperti biasa.           Aku juga berbaju putih tetapi seluar aku merah darah sebab aku terlebih usia daripada mereka yang berseluar hijau zaitun. Aku cuma berdiri di pondok jaga kerana membawa payung bukan gayaku, berlari dalam hujan juga bukan acara aku. Biarlah hujan reda sedikit, baru aku akan berjalan masuk ke kawasan yang banyak bangunan bernama sekolah menengah.          Sebuah MyVi putih gading masuk perlahan-lahan ke dalam kawasan sekolah. Pemandunya seorang gadis berbaju kurung merah jambu. Tudung senadanya menyerlahkan lagi putih gebu wajah mulusnya. Dia berpaling ke arah aku lalu ters...

Karya 1 : Cerpen : Kuih Pau

Imej
Cerpen ini merupakan karya sulung saya dalam penulisan kreatif. Oleh itu segala macam bentuk dan struktur ayat yang kurang gramatis dan tidak teratur adalah menjadi kelemahan saya kerana masih bertatih dalam dunia penulisan cerpen. Saya mengharapkan cadangan yang dapat menambahbaikkan karya ini supaya akhirnya berguna dan bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang membacanya..hayati dan fahamilah mesej yang ingin disampaikan seterusnya sampaikan kepada yang lain tau!:) Kuih Pau Oleh : R. Riduan ADA sebuah kampung di kawasan perkampungan nelayan Kuala Sungai Baru. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat kuih pau dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Kuih pau yang dijualnya merupakan kuih pau yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual kuih paunya, tiba-tiba dia tersedar yang kuih paunya yang diperbuat dar...