Panorama pintu masuk ke SK (2) Sultan Alam Shah Pertama kali aku menjejakkan kaki di Sek Keb (2) Sultan Alam Shah, P.J , hatiku berdebar-debar...entah mengapa...meskipun setelah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama hampir empat semester, tetap kurasakan diri ini masih belum mampu untuk berdepan dengan anak bangsaku sendiri tatkala aku memegang amanah sebagai seorang GURU. Kejayaan pasukan unit beruniform Pengakap Kanak-kanak yang meraih tempat pertama pertandingan Kawad kaki Terasa beratnya tanggungjawab yang harus aku pikul. Aku cuba tenangkan diri dengan berbicara sendirian..pengalamanku di sekolah sebenarnya sudah cukup lengkap! Bak kata orang putih, full package ! Mana taknya, bersekolah sahaja sejak TASKI (6 Tahun) sehinggalah Tingkatan 6 Atas..bagiku itulah pengalaman terindah buatku kerana berjaya menamatkan sesi persekolahan dengan lengkapnya tanpa meninggalkan sedikit pun tingkatan di sekolah.