Tazkirah 2 : KASIH SAYANG
Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang. Pelajar : cikgu, macam mana kite nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yang paling kite syg? Macam mana juga kasih syg itu nak brkekalan? Cikgu : ok, kamu ikut ape yg sy suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dh petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas. Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya. Cikgu : kenapa tiada rumput yang dipilih? Pelajar : tadi mse sy berjalan, sy carilah rumput yang paling cantik. Memang ade bnyk yg cantik tapi cikgu kata pilih yg paling cantik, maka sy pn terus berjalan ke hadapan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, sy x jumpa pn yang paling cantik. Mungkin ade di antara yg di...